Jenayah

Mayat Wanita Hamil Dikerat Ditemui

NEW DELHI – INDIA. Negeri Telangana di India digemparkan dengan penemuan mayat reput milik wanita hamil lapan bulan yang dikerat sebelum dibuang di tepi sebuah jalan di bandar Hyderabad, Selasa lalu.

Susulan penemuan mengejutkan itu, polis kini cuba mengenal pasti identiti mangsa yang berusia kira-kira 30 tahun tidak menolak kemungkinan dia dibunuh bagi menghalangnya daripada melahirkan bayi tersebut.

“Kejadian mungkin berlaku disebabkan seseorang tidak mahu bayi itu dilahirkan. Polis memeriksa rakaman kamera litar terutup (CCTV) dari beberapa kawasan kerana mangsa dipercayai dibunuh di lokasi tidak diketahui sebelum mayatnya dikerat dan dibuang,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis, Vishwa Prasad.

Pekerja pembuangan sampah yang menjumpai mayat mangsa melaporkan penemuan itu kepada polis dan bahagian tubuh dikerat dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Difahamkan, mangsa dibuang berhampiran hab teknologi maklumat (IT) yang menjadi kawasan utama untuk beberapa syarikat multinasional di negara itu.

Polis turut menggesa kepada mana-mana doktor atau pakar obstetrik yang pernah merawat mangsa untuk tampil memberi penerangan bagi membantu siasatan lapor Daily Mail.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");