Perak Hari Ini

MB Harap Pangkor Dapat Jadi Pulau Guna Kenderaan Teknologi Hijau

PANGKOR: Menteri Besar Perak berhasrat untuk mengalakkan penggunaan kenderaan elektirk ataupun berteknologi hijau di seluruh Pulau Pangkor dan mengurangkan sebarang kenderaan yang mengunakan petrol dan diesel.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perkara ini masih berada dalam peringkat cadangan dan ianya akan dipanjangkan untuk tindakan lanjut.

“Ini adalah salah satu (inisiatif) yang kita panggil teknologi mampan, bagi mengelakkan pencemaran di Pulau Pangkor.

“Dari segi kehijuan keindahan pulau telah kita kekalkan cuma dari segi cadangan ini kita harap masyarakat bersedia untuk menerima perubahan ini,” katanya.

Selain itu beliau berharap jika cadangan ini berjaya dilaksanakan di sini ianya akan dipanjangkan ke kawasan-kawasan lain seluruh negeri.

Beliau berkata demikian kepada media dalam satu sesi lawatan kerjanya dekat sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip serta Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya, Datuk Ismail Saffian.

Sementara itu, mengulas lanjut tentang perkembangan pengisytiharan Pulau Pangkor, Zambry berharap penduduk setempat dapat bersedia menerima kedatangan pelancong yang dijangka akan meningkat pada tahun ini.

Beliau juga berharap agar pengusaha inap desa dapat menambah bilangan rumah mereka untuk kemudahan pelancong bermalam di sini.

“Kerajaan negeri dan persekutuan telah pun mengadakan beberapa siri perbincangan dan kita harap tahun ini dapat disempurnakan.

“Ini termasuk dengan persiapan CIQ (Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin) serta pembesaran jeti awam,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");