Perak Hari Ini

MB Inc Rancak Bantu Pelajar Di Perak

IPOH:Sekitar 300 pelajar telah menyertai program perbicangan berkaitan “Industri 4.0” yang dianjurkan oleh Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) bersempena Permukiman Menteri Besar di Daerah Kinta kali ini.

Program yang berlangsung di Kolej Tingkatan Enam Seri Ipoh telah dihadiri Adun Kemunting merangkap Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Perak MB Inc Datuk Aminudin Hashim.

Turut Hadir selaku panel jemputan iaitu Pengurus Kanan Amanjaya Holdings and Ventures (Anak Syarikat milik penuh MB Inc.) Farouq Sahibjahn dan Roslan Abdullah.

Program tersebut merupakan salah satu indikator buat MB Inc. untuk menjana potensi di Negeri Perak mahupun dari kalangan belia, pembangunan ekonomi dan sebagainya.

Menurut Zahir, teknologi yang pesat hari ini akan berkembang dengan lebih maju pada tahun akan datang dan sehubungan dengan itu, 70 peratus dari pekerjaan sekarang akan lupus dan pekerjaan baru akan diwujudkan.

“Kuatkan Bahasa pertama, Kedua dan ketiga kita, persediaan mental yang kuat dan sentiasa kuat kan sifat bekerja dalam kumpulan,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu bagi Aminudin pelajar kini perlu lebih sedar akan kelajuan teknologi yang begitu drastik, jadi sebagai insan yang akan memasuki alam pekerjaan, pelajar harus peka dengan setiap yang berlaku di dalam dunia ini malah setiap informasi dihujung jari dan kita perlu gunakan sebaik mungkin.

“Untuk menjana potensi diri kita perlu menjaga sikap kita. Sikap seseorang akan membuatkan kita mendapat markah 100 peratus sebagai masyarakat di dunia ini. Sikap yang baik akan membuatkan penglihatan dan tanggapan terhadap sesuatu itu lebih terang dan juga dapat melakar satu peluang keemasan dalam hidup.

“Hidup ini adalah sebuah ‘marathon’ dimana dalam usia muda kita perlu menjaga fizikal untuk kekal sihat, penjagaan emosi yang kukuh dan kekuatan mental atau ‘IQ’ yang tinggi ilmunya.

“Sebagai pelajar yang akan menjadi pemimpin masa hadapan, elakkan untuk melakukan kesilapan yang tidak boleh dimaafkan, kesilapan yang tidak boleh dilupakan dan kesilapan terbesar iaitu kesilapan yang tidak dapat dilupa dan dimaafkan. Jadi, Sentiasa mendekatkan diri dengan Agama, jangan mengambil dadah dan mengikuti mentor yang boleh membimbing ke arah kejayaan,” katanya.

Bagi panel jemputan pada program tersebut Roslan Abdullah dan Farouq Sahibjahn masing-masing berpendapat,sifat mendengar adalah satu sifat yang perlu ada untuk berjaya.

“Jangan risaukan 70 peratus dari kerjaya yang akan lupus kerana setiap orang dalam diri kita mempunyai nilai dan berkebolehan. Jadi kita perlu cari dan mengeluarkan potensi kita untuk menghadapi dunia yang akan datang,” katanya.

MB Inc terdahulu turut berhasrat untuk memperluaskan lagi penganjuran program dan perkhidmatan seperti ini ke seluruh negeri ini berikutan sambutan yang diterima juga cukup baik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");