Perak Hari Ini

MB Inc Sumbang Pasir Pada Masjid Jamek Pekan Chemor

IPOH: Atas dasar prihatin dan rasa bertanggungjawab, Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) telah menyumbangkan pasir yang mampu ditampung oleh lima buah lori kepada Masjid Jamek Pekan Chemor, dekat sini, pada Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Datuk Aminudin Hashim berkata inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial (CSR) dan ianya julung kali diadakan di masjid tersebut.

“Program yang berlangsung bersempena dengan Pemukiman Menteri Besar bagi Daerah Kinta ini merupakan platform terbaik kita untuk mengeratkan lagi hubungan (dengan masyarakat) dan (pada masa sama dapat) memperlolehi manfaat demi pembangunan masa depan kawasan ini dan negeri kita amnya,” katanya.

Ujarnya lagi, kesemua hasil yang diperoleh MB Inc sentiasa akan disalurkan kembali kepada kerajaan negeri agar ianya dapat meningkatkan lagi taraf sosio ekonomi masyarakat.

Tambahnya, ianya juga turut disalurkan secara terus kepada rakyat menerusi CSR organisasi tersebut seperti penganjuran program ramah mesra rakyat, memberi bantuan kepada peralatan kelengkapan masjid, masjlis-majlis perayaan, perkhidmatan Surau Bergerak Amanjaya dan sebagainya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kenduri Ramah Mesra Bersama Rakyat di Masjid Jamek Pekan Chemor, dekat sini, semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");