Perak Hari Ini

MB Perak Hadir Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

SITIAWAN:Sekitar 1,000 orang tetamu hadir memeriahkan Majlis rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina anjuran bekas Ahli Parlimen Sitiawan, Tan Sri Kong Cho Ha, di sini hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkesempatan mengunjungi rumah terbuka Tahun Baru Cina yang dihoskan oleh Tan Sri Kong Cho Ha di kediaman bekas Menteri Pengangkutan itu di Sitiawan.

Zambry yang hadir sekitar 9.30 bersama isterinya Datin Saripah Zulkifli meluangkan masa sekitar dua jam beramah mesra dengan tetamu dan menikmati pelbagai hidangan.

Majlis itu merupakan acara kemestian saban tahun bagi meraikan perayaan Tahun Baru Cina dan tetamu mula berkunjung seawal jam 9 pagi tadi.

Antara tetamu yang menghadiri majlis itu termasuk Adun Pasir Panjang Datuk Roshidi Ibrahim dan Pegawai Daerah Manjung, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.

Kerajaan negeri Perak akan mengadakan majlis sambutan peringkat negeri di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Choong Hua Bidor pada 25 Februari ini.

Lebih 10 buah gerai yang menyediakan pelbagai jenis juadah seperti roti canai, sate, apam balik, dan aneka kuih muih menjadi pilihan tetamu yang hadir.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");