Berita Hari Ini

Menteri Britain Letak Jawatan Kerana Datang Lewat

ENGLAND – BRITAIN. Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain, Michael Bates meletak jawatan serta-merta selepas lewat datang ke sidang Parlimen, semalam.

SCMP mengatakan Bates mendakwa dirinya ‘tidak mencapai standard’ kerajaan kerana datang lewat.

“Saya sangat-sangat malu kerana tidak berada di tempat yang sepatutnya pada waktu saya diperlukan, jadi saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada perdana menteri dengan segera,” kata Bates memetik laporan Sinar Harian.

Bates kemudian bergegas mengemas barang peribadinya dan keluar dari Parlimen.

Tindakan serta-merta Bates mengejutkan rakan daripada parti konservatif dan pembangkang.

Dalam satu rakaman, beberapa ahli Parlimen lain dirakam menjerit ‘Jangan!’ ketika Bates menyuarakan hasrat peletakan jawatannya.

Dalam kejadian tersebut, Bates sepatutnya tiba di Parlimen pada jam 3 petang untuk menjawab soalan yang telah dijadualkan.

Disebabkan beliau lewat beberapa minit, seorang ahli Parlimen lain, John Taylor terpaksa menjawab soalan tersebut.

Bagaimanapun, jurucakap perdana menteri, Theresa May mengatakan peletakan jawatan Bates telah ditolak kerana ianya hanya kesalahan kecil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");