Perak Hari Ini

Menteri Mahu Kuota Khas Haji Bagi Veteran ATM Ditambah

IPOH:Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap penumpuan dapat diberikan kepada kuota haji kepada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat ditambah sehingga dua kali ganda tahun ini.

Katanya penambahan tersebut diharap dapat dipertimbangkan berbanding peruntukan untuk 400 jemaah pada tahun lepas.

Beliau turut menyatakan keyakinan tersebut berdasarkan hubungan rapat antara kepimpinan peringkat kementerian dengan kerajaan Arab Saudi kini.

“Baru-baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menyatakan berhubung dengan pembelaan kuota haji untuk PDRM (Polis DiRaja Malaysia) oleh kerana kita mempunyai hubungan rapat dengan Arab Saudi termasuk kepimpinan di peringkat kementerian, serta kepimpinan dua negara saya percaya permintaan untuk menambah kuota untuk anggota dan veteran ATM akan diberi pertimbangan,namun pada kali ini menumpuan diberikan kepada golongan veteran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan tinjauan ke tapak cadangan Hospital Veteran ATM dan beramah mesra bersama-sama warga ATM di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai, Tambun di sini, hari ini.

Jelasnya pemberian kouta itu sama sekali tidak akan menyentuh kouta orang awam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");