Perak Hari Ini

Minat Kumpul Barang Kitar Muhammad Aqil Jadi Ikon Kitar Semula 2017

KUALA KANGSAR:Minatnya yang mendalam bagi mengumpul barangan kitar semula serta menjaga kebersihan mendapat perhatian apabila dinobatkan sebagai ikon kitar semula dalam Majlis Penganugerahan Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Perak 2017 (PerKISS) di sini hari ini.

Muhammad Aqil Muhamad Worksha 13, mula bergiat aktif dalam kelab alam sekitar melalui modul pengajaran dan pembelajaran Pengurusan Sisa pepejal & Amalan 3R kerjasama oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di Sekolah Kebangsaan Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar di sini.

Bercerita mengenai minatnya terhadap penjagaan alam sekitar, Muhammad Aqil yang kini menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar berkata ia telah dipraktikkan sejak kecil bersama keluarganya.

“Ibu bapa galakkan saya membuat pelbagai barangan daripada barang terbuang dan keluarga saya juga meminati penjagaan alam sekitar dan kitar semula,” katanya.

Terdahulu Aqil diangkatkan sebagai Ikon Kitar semula 2017 setelah menjadi penyumbang terbanyak barangan kitar semula kepada pihak sekolah.

“Saya nasihatkan rakan-rakan saya supaya menyertai aktiviti kitar semula dan menggalakkan mereka menjaga alam sekitar, agar bumi sentiasa bersih untuk generasi akan datang,” katanya.

Walaupun kini sudah menuntut di sekolah yang berbeza Aqil masih meneruskan minatnya mengumpul barangan kitar semula.

“Saya banyak mengumpul surat khabar lama, botol dan kotak kasut yang saya serahkan kepada pihak sekolah untuk dijadikan bahan yang pelbagai,” katanya kepada media selepas majlis anugerah PerKISS 2017 di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II kuala Kangsar hari ini.

Sementara itu, Pengarah SWCorp Perak Fatimah Ahmad berkata anugerah ikon kitar semula merupakan anugerah yang pertama kali diperkenalkan di negeri ini sebagai satu motivasi kepada pelajar untuk bergiat aktif dengan aktiviti kitar semula.

“Saya telah mengikuti perkembangan Aqil sejak tiga tahun lalu ketika dia di darjah empat aktif kerana minatnya dia sanggup datang waktu petang ke sekolah jadi anugerah ini adalah satu motivasi kepada pelajar bahawa kitar semula bukannya sukar tetapi paling mudah,” katanya.

Terdahulu pada anugerah PerKISS 2017, kategori utama Sekolah Rendah dimenangi oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Min Simpang Empat dan Sekolah Menengah dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta Ipoh.

Manakala bagi Anugerah Khas Champion 3R kategori pendidik dimenangi Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II kuala Kangsar iaitu Guru Besar Dayang Hamsiah Abang Mohtar dan anugerah Inovasi daripada barangan kitar semula dimenangi oleh Sekolah Menengah Raja Dr.Nazrin Shah Kampung Gajah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");