Sukan Hari Ini

Morais Tinggalkan JDT

KETUA Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais meninggalkan pasukan selepas hampir setahun berkhidmat dan membawa kejayaan buat skuad Harimau Selatan.

Pengendali dari Portugal itu memberitahu, keputusan tersebut dibuat di atas faktor kesihatan keluarganya.

“Hari ini adalah hari yang sangat menyedihkan buat saya, tugasan saya berakhir di kelab terhebat ini. Segala hal dalam kehidupan perlu ada keutamaan.

“Di atas sebab-sebab kesihatan keluarga, saya terpaksa meninggalkan anda dan kelab ini,” katanya seperti dipetik dari laman Facebook JOHOR Southern Tigers di sini hari ini.

Morais turut mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan, pemain dan seluruh struktur organisasi kelab yang banyak menghabiskan masa bersama melalui banyak kejuaraan yang dicapai.

Katanya, ucapan sama juga diucapkan kepada pembantu jurulatih beliau yang setia, Rui Rodrigues.

“Bersama anda, tugas disini menjadi lebih mudah.

“Kepada penyokong, terima kasih diatas sokongan, ambil berat dan penghormatan yang sentiasa diberikan setiap hari. Perlawanan demi perlawanan telah menjadikan kami menjadi terbaik di dalam setiap perlawanan. Kepada Jay, Alistair Edwards dan Davids, saya memberitahu anda di luar sana, sebenarnya mereka adalah orang yang sangat penting di kelab hebat ini.

“Kepada Martin Prest, semuanya bermula dengan anda. Anda adalah teman sejawat, penyokong setia, kaunselor, rakan dan individu yang sangat profesional. Anda sebenarnya seorang lelaki yang hebat dengan kebijaksanaan dan keupayaan anda. Terima kasih atas segala-galanya,” katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau turut memuji Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan menyatakan rasa hormatnya di atas layanan diberikan Pemilik Kelab Bolasepak JDT ke atas dirinya.

“Dan yang terakhir sekali, kepada nadi utama dan jantung utama kelab hebat ini, Tunku Mahkota Johor, seorang lelaki muda yang tidak dapat dinafikan bakat, kepintaran dan kepimpinan yang dimiliki. Baginda dilahirkan sebagai juara.

“Saya berkongsi pendapat dengan baginda berjam-jam dalam satu hari, sama ada di rumahnya atau di kelab di mana baginda selalu melayan saya dengan penuh penghormatan, pendidikan dan persahabatan serta memenuhi semua keperluan untuk berjaya sehingga saat terakhir saya di sini.

“Baginda adalah seorang yang berwawasan. Apa yang difikirkan, tidak lama selepas itu ia akan berlaku. Dengan mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap penyokong dan masyarakat Johor, menjadikan baginda adalah yang terbaik,” katanya.

Di akhir ucapannya, Morais memberitahu beliau akan terus kekal dalam sejarah JDT dan kelab pula sentiasa berada di dalam hatinya.

“Tidak ada lagi ucapan lain yang diperlukan untuk mengucapkan terima kasih di atas masa yang kami habiskan bersama-sama dengan banyak meraih gelaran yang diperoleh.

“Terima kasih ikhlas daripada saya. Saya akan terus kekal dalam sejarah JDT dan sentiasa berada di dalam hati. Semoga berjaya pada masa akan datang hingga selama-lamanya,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");