Sukan Hari Ini

Mourinho Tidak Niat Hukum Pogba

JOSE Mourinho menegaskan dia bukan cuba “menghukum” Paul Pogba dengan menggugurkannya ketika kemenangan 2-0 Manchester United ke atas Huddersfield Town semalam, sebaliknya memuji “karakter hebat” pemain kelahiran Perancis itu ketika masuk dari bangku simpanan.

Menurut Stadium Astro, Pogba direhatkan pada separuh kedua ketika United tewas 2-0 di Tottenham pada Khamis, dengan Mourinho menggantikannya sejurus selepas sepasang gol itu dijaringkan.

Pemain tengah itu kemudian dikeluarkan daripada kesebelasan United dalam kunjungan mereka ke Huddersfield, mencetuskan dakwaan bahawa Pogba tidak mendapat kepercayaan Mourinho.

Tetapi jurulatih itu menegaskan hal tersebut tidak berlaku, sebelum melontarkan pujian terhadap Pogba yang turun menggantikan Scott McTominay.

Bercakap dalam sidang media selepas perlawanan, Mourinho berkata: “Saya menukar beberapa pemain dan niatnya bukan untuk menghukum sesiapa pun, kerana untuk hukum sesiapa saya juga memerlukan seseorang untuk hukum saya. Ia kerana kami adalah satu pasukan dan ketika kami menang kami menang bersama-sama, dan kami kalah bersama-sama.

“Tetapi saya membuat sedikit perubahan, memikirkan bentuk perlawanan ini dan saya fikir budak ini (McTominay) mempunyai keinginan hebat untuk mendapatkan bola ketika pasukan tidak menguasai perlawanan.

“Dia seorang budak yang mengejar bola, yang cuba memulihkan permainan. Ketika dia mendapat bola ia selalu mudah, dan menentang lawan seperti Huddersfield, ramai pemain mengejar bola. Kesederhanaan kadang-kadang genius .

“Apbila kamu tidak mempunyai ruang, kamu perlu membuka ruang dengan bermain mudah, jadi itu keputusan menggunakan budak itu, tetapi Paul tampil sangat baik dengan karakter yang hebat.

“Dengan ruang yang kami miliki pada masa itu kerana kami mendahului 1-0, Paul dapat menunjukkan bakat dan kualitinya.

“Saya sentiasa berusaha untuk melakukan apa yang terbaik untuk pasukan pada bila-bila masa. Saya lebih suka melihat dengan cara yang menarik, seorang anak kecil (McTominay) yang tiba di sini bersama ibunya ketika berusia sembilan tahun untuk sesi latihan pertama.

“Sepuluh atau 11 tahun kemudian, budak ini menyarungkan jersi Manchester United dalam perlawanan penting dalam Liga Perdana di laman sendiri di Old Trafford, jadi saya lebih suka melihat perspektif itu.

“Paul adalah pemain hebat, tidak diragukan lagi dia salah seorang pemain tengah paling berbakat di dunia, tetapi duduk di bangku simpanan satu hari bukan pengakhiran dunia.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");