Perak Hari Ini

Mungkin Ada Calon PRU14 Dari Penjawat Awam: Ds Zambry

IPOH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak menolak kemungkinan calon bukan ahli politik sepenuh masa akan dinamakan dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Ketika ditanya sekiranya terdapat kemungkinan calon-calon tersebut terdiri daripada kalangan penjawat awam, beliau berkata, BN sentiasa mengambil sebarang peluang dan potensi yang ada bagi memperoleh kemenangan pada PRU akan datang.

Jelasnya, pendekatan BN bukan hanya bermotifkan politik semata-mata sebaliknya segala hal berkaitan pengurusan parti dan pentadbiran kerajaan yang memerlukan kepakaran individu tertentu juga harus diambil kira.

“Dari segi sejarahnya pun kita pernah ada yang mana sebelum ini ada dikalangan kita yang datang daripada golongan profesional yang diketengahkan menjadi calon kita.

“Demikian juga dengan calon-calon wanita, lelaki, anak muda, golongan profesional.. yang mana ini semua diambil kira untuk kita kemukakan menjadi calon dalam PRU nanti,” katanya.

Selain itu katanya, beberapa nama individu tertentu juga sedang berada dalam peringkat pemerhatian dan analisis bagi mewakili BN negeri dalam PRU14.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan program Ramah Mesra Bersama Kakitangan Awam Bersempena Pemukiman Menteri Besar Daerah Kinta di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta, dekat sini, pada Jumaat.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah serta ADUN Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin.

Dalam perkembangan sama Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata, keutuhan perpaduan ahli-ahli BN merupakan perkara terpenting bagi menghadapi PRU yang akan tiba bila-bila masa sahaja ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");