Perak Hari Ini

MyBAS Bakal Meluaskan Perkhidmatan Ke Pinggiran Ipoh

BATU GAJAH: Perkhidmatan bas berhenti-henti myBAS Ipoh bakal meluaskan lagi kawasan laluannya di sekitar Lembah Kinta khususnya, di pinggiran bandaraya Ipoh.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata antara kawasan yang terlibat dengan inisiatif ini ialah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi dan Hulu Kinta.

Jelasnya, usaha ini bakal memudahkan lagi urusan dan pergerakan rakyat di kawasan terlibat untuk ke mana-mana destinasi di Ipoh.

“Saya sudah mendapatkan maklum balas daripada SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) dan mereka berkata SPAD akan cuba menyelesaikan masalah ini (memperhalusi cadangan),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Mesyurat EXCO Kerajaan Negeri dan Taklimat Pembangunan Daerah Kinta di Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta, dekat sini, pada Rabu.

Ianya juga sebahagian daripada Program Pemukiman Menteri Besar di kawasan Gopeng, Kampar dan Tambun.

Pada perkembangan sama, Zambry berkata hasil taklimat yang disampaikan wakil-wakil Pejabat Daerah Kinta itu termasuklah berkaitan isu banjir di sekitar daerah ini.

Ujarnya kerajaan negeri akan memperhalusi segala laporan yang diterima selain menggesa pihak-pihak seperti Jabatan Pengairan Saliran (JPS)  dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri untuk berkerjasama dan memberi tindakan segara terhadap isu tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");