Jenayah

Namewee Direman 4 Hari

KUALA LUMPUR: Pengarah dan pemuzik kontroversi, Namewee, direman selama empat hari bermula hari ini.

Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 34, direman sehingga 26 Februari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata perintah reman Namewee dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pagi tadi.

“Dengan perintah reman yang diberikan, pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut ke atas Namewee berhubung empat laporan polis diterima berhubung klip video berunsur hinaan yang dimaut naik dalam laman sosial.

“Ini kerana klip video bertajuk ‘Like A Dog’ berkenaan didakwa berunsur hinaan terhadap agama dan boleh membawa implikasi negatif kepada perpaduan serta keharmonian kaum,” katanya menerusi laporan BH Online, hari ini.

Namewee dikatakan memuat naik klip video sempena Tahun Baharu Cina bertajuk ‘Like A Dog’, yang antara lain memaparkan individu memakai topeng anjing dengan tarian lucah berlatar belakangkan bangunan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");