SELEPAS kali terakhir berada di Malaysia pada 2013, kumpulan yang berasal dari Amerika Syarikat, OneRepublic bakal ke sini lagi pada 25 April depan.
Kumpulan yang popular menerusi lagu Counting Stars akan mengubati rindu peminat menerusi konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 anjuran WGW Entertainment iaitu sebahagian daripada rangka konsert bergerak di Asia.
OneRepublic yang dianggotai Ryan Tedder (vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Brent Kutzle (bes/selo/vokalis) dan Eddie Fisher (dram) akan menemui peminat lapor Sinar Harian.
OneRepublic pernah memenangi beberapa anugerah berprestij dan menghasilkan empat album, terakhir adalah Oh My My pada Oktober 2016.
Maklumat lanjut tentang konsert kumpulan ini boleh diikuti di Facebook @WGW Entertainment.