Jenayah

Op Noda: 24 GRO Warga Asing

IPOH — Polis menahan 24 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayanpelanggan (GRO) dalam serbuan Op Noda Khas di dua pusat karaoke di sekitar Ipoh awal pagi tadi.

Dalam operasi yang dijalankan secara serentak oleh sepasukan pegawai dan anggota polis BahagianKongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada 1.30 pagi itu, lapanpenjaga turut ditahan membabitkan tujuh lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Bangladesh.

Pegawai Turus D7 Perak DSP Sajidan Abd Sukor berkata kesemua GRO terbabit terdiri daripada warga Vietnam, Thailand dan Indonesia yang berumur antara 30 dan 40-an.

“Hasil risikan selama sebulan itu, kita berjaya menutup lorong rahsia mereka dan hasilnya kita dapatmenangkap kesemua mereka yang berada dalam premis berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas selesaioperasi tersebut di sini hari ini.

Polis turut menahan masing-masing sembilan lelaki dan wanita tempatan yang sedang leka bermain judi di dalam premis itu.

“Seorang lelaki berumur lingkungan 30-an ditahan kerana memiliki dadah jenis ketamin, ekstasi dan ganja,” katanya sambil menambah polis juga merampas wang tunai yang belum diketahui nilai.

Katanya kesemua 51 individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuktindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Akta Imgresen kerana menggaji pekerja asing dan bekerja tanpapermit.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");