Sukan Hari Ini

Ozil Tandatangan Perjanjian Jangka Panjang Bersama Arsenal

ARSENAL mengumumkan pemain tengah, Mesut Ozil, telah menandatangani kontrak jangka panjang baru.

Perjanjian untuk pemain antarabangsa Jerman itu akan tamat pada akhir musim ini dan dia dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United bagi menyatukan kembali dengan bekas pengurus Real Madrid, Jose Mourinho.

Memetik laporan Stadium Astro, pemain berusia 29 tahun itu memberi komitmen terhadap masa depannya di Stadium Emirates, walaupun tempoh perjanjian barunya itu tidak diumumkan The Gunners.

“Kami gembira untuk mengumumkan bahawa Mesut Ozil telah menandatangani kontrak jangka panjang baru dengan kami,” demikian pengesahan kelab melalui laman web rasmi mereka.

“Tahniah Mesut — di sini untuk tahun-tahun lebih berjaya.”

Menulis di laman rasmi Instagramnya, Ozil berkata: “Ini merupakan salah satu keputusan penting dalam kerjaya bola sepak saya. Itulah sebabnya saya perlu berfikir masak-masak dan bercakap dengan semua pihak yang penting kepada saya.

“Perkara yang baik mengambil masa! Akhirnya saya membenarkan hati saya membuat keputusan.”

Arsenal sudah kehilangan Alexis Sanchez yang berhijrah ke Manchester United dalam perjanjian pertukaran yang melibatkan kedatangan Henrikh Mkhitaryan selepas kontrak pemain Chile itu memasuki enam bulan terakhir.

Tetapi pengurus Arsene Wenger menegaskan Ozil tidak akan dijual dalam jendela perpindahan Januari dan dilaporkan perjanjian baru itu akan membuatkannya kekal di kelab itu sehingga 2021.

Arsenal turut menandatangani Pierre-Emerick Aubameyang dengan yuran sebanyak £56 juta (RM311 juta) dari Borussia Dortmund pada tarikh akhir perpindahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");