Perak Hari Ini

Pantau Kesihatan Mata Murid, Pelajar

IPOH:Semua pihak termasuk ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap proses perkembangan dan masalah kesihatan mata yang dialami oleh anak-anak mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata kesedaran ibu bapa perlu bagi mengesan simptom penyakit mata di kalangan anak-anak melalui pemeriksaan dan perhatian seawal tahun satu.

“Ibu bapa perlu mengetahui masalah asas dialami oleh anak-anak mereka, punca gejala mengenai kesihatan mata dialami kanak-kanak seperti penglihatan kabur apabila melihat papan putih dan tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada majlis Pelancaran Projek Pemeriksaan Mata untuk pelajar-pelajar sekolah Negeri Perak anjuran Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Saga Insan Negeri Perak dan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Lions Club District 308-b2 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tanjong Rambutan di sini hari ini.

Program itu katanya mensasarkan pemeriksaan mata melibatkan 2,000 murid di seluruh negeri ini.

“Program ini adalah satu insiatif yang baik dan memberi kesedaran kepada pihak sekolah dan ibu bapa mengenai kepentingan menjaga kesihatan mata anak-anak mereka adalah perlu dilaksanakan di peringkat awal,” katanya.

 

Sementara itu bagi,Pakar Mata Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Datuk Dr Jaswinder Singh berkata pemeriksaan mata melibatkan murid-murid telah dijalankan sejak dahulu lagi melibatkan kerjasama pihak Jabatan Pendidikan Negeri.

Bagaimanapun katanya penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) amat diperlukan kerana penjagaan kesihatan mata merupakan satu keperluan yang amat penting.

“Adalah menjadi impian kita ibu bapa dan jabatan kesihatan dapat berkerjasama termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menggerakkan lebih banyak program pemeriksaan kesihatan di setiap sekolah termasuk kawasan pendalaman yang masih belum ada kesedaran,” katanya.

Program pemeriksaan kali ini katanya akan mengenal pasti pelajar yang mempunyai simptom penyakit berkaitan mata dan akan dirujuk kepada pakar mata di HRBP untuk rawatan mengikut keperluan.

“Kita perlu pastikan masalah kesihatan mata melibatkan murid-murid dikesan segera,ada pelajar yang jadi malas kerana masalah ini kerana pembelajaran mereka terganggu, jadi semua pihak perlu memaikan peranan terutama badan NGO yang perlu tampil ke hadapan bagi membantu,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");