Jenayah

Parah Dipijak Gajah

IPOH: Seorang lelaki parah selepas dikejar dan dipijak gajah di Kilometer 19, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Gerik, petang Khamis.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, M Paramanazan, 69, patah tangan kiri, tulang rusuk kiri dan tulang leher selain luka di lengan kanan.

Menerusi laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Mat Isa, berkata siasatan awal mendapati mangsa bersama anaknya menaiki lori melalui JRTB ke arah Gerik.

Katanya, mangsa bersama anaknya kemudian memberhentikan lori di lokasi itu untuk melihat gajah.

“Mangsa kemudian dipercayai dikejar gajah berkenaan sebelum dipijak.

“Anak mangsa yang berada di dalam lori bergegas turun dan kemudian membawa mangsa ke hospital.

“Mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping untuk rawatan susulan,” katanya dalam kenyataannya di sini, malam ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");