Perak Hari Ini

Paras Air Menurun Punca Gangguan Bekalan Air Di Seri Iskandar, Parit

IPOH:Gangguan bekalan air di Seri Iskandar, Parit sejak semalam berpunca daripada penurunan kadar pengaliran air melibatkan janakuasa seliaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta faktor taburan hujan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata berdasarkan maklumat diterima, pihak TNB telah mengalirkan air di empangan terlibat dan dijangka akan sampai ke kawasan terjejas dalam tempoh 16 jam sehingga 20 jam.

“Mulai pagi ini kita jangkakan kadar air akan naik dikawasan berkenaan.

“Ia disebabkan taburan hujan di sebelah bawah yang tidak mempunyai taburan hujan mencukupi jadi aliran air dikawal daripada hulu tidak dapat mengalir pada kapasiti yang sepatutnya,” katanya dalam satu sidang media sejurus hadir pada wawancara Selamat Pagi Perak Bersama Dr Zambry di Radio RTM Perak di sini hari ini.

Katanya Lembaga Air Perak (LAP), telah berkerjasama dengan pihak TNB bagi memastikan aliran air daripada empangan Chenderoh dan kawasan yang terlibat akan sampai ke bawah.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata gangguan bekalan air di sekitar kawasan berkenaan terjejas berikutan paras air di empangan mengalami penurunan sejak beberapa hari lalu.

Menerusi maklumat daripada pihak LAP katanya, paras air di Sungai Perak mengalami penurunan agak drastik sekali gus tidak dapat memasuki loji rawatan air LAP.

Berikutan itu, LAP terpaksa meningkatkan operasi mengepam air dan meminta bantuan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan pelepasan air di empangan hidroelektrik sebanyak 250 cumec (meter padu sesaat) berbanding 100 hingga 150 cumec pada kadar biasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");