Perak Hari Ini

Pas Bukan ‘Mat Jenin’, Ada Kekuatan Tersendiri- Hadi

IPOH:Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tetap memiliki kekuatan yang tersendiri dan bukannya ‘Mat Jenin’ seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

Katanya,kekuatan itu terhasil daripada sokongan di setiap cawangan PAS di seluruh negara yang kini sebanyak 195 seluruh Malaysia serta ahli partinya yang mencecah hampir satu juta orang.

“Orang lain tiada jentera kita ada jentera, kita bukan Mat Jenin, orang lain itu Mat Jenin.

“Orang mengatakan kita Mat Jenin, Mat Jenin dia panjat pokok bergantung di pokok yang rapuh bergoyang dan jatuh namun kita bukan pelepah yang rapuh kita ada cawangan dan kawasan yang kuat serta kukuh bukan pelepah yang rapuh,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis perasmian Wisma Purnama bagi Pas kawasan Gopeng hari ini.

Turut hadir sama Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Radzi Zainon serta barisan kepimpinan PAS Perak.

Jelasnya lagi,Pas turut memiliki kekuatan terutama sokongan dari akar umbi yang kukuh dan kuat sehingga ke hari ini.

Mengulas mengenai pilihan raya umum katanya, PAS memilih pilihan raya sebagai satu peluang mengajak umat Islam kembali semula kepada Islam dan mengajak orang Bukan Islam supaya tidak takut pada Islam.

“Kita memilih pilihan raya dan demokrasi biarpun berhadapan dengan adanya tipu, salah laku kita sabar menghadapi kerana Allah SWT menyuruh aman dahulu bukannya perang dahulu.

“Jika mereka boleh berjuang diatas ideologi komunis, masuk hutan makan ubi kayu ideologi Komunisme bukan daripada China, India daripada Yahudi Jerman boleh berjuang dalam ideologi komunis mengapa mereka tidak boleh mengizinkan Islam memerintah negara dalam keadaan mereka tidak dipaksa masuk Islam,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama Hadi turut menyatakan Pas bersama Gagasan Sejahtera menyasarkan lebih banyak kerusi akan dipertandingkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");