Isu Panas

Pas Gagal Bangunkan Kelantan

GUA MUSANG – Pas Kelantan dilihat masih gagal dalam pemerintahannya di negeri ini walaupun sudah melebihi dua dekad.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kegagalan itu terbukti apabila hampir separuh daripada lebih sejuta rakyat negeri ini berhijrah untuk mencari pekerjaan.

“Lebih 22 tahun memerintah, Pas masih gagal membangunkan Kelantan malah tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Rakyat boleh nilai sendiri bagaimana corak pemerintahan mereka (Pas) dan ini adalah masa yang sesuai untuk menukar pimpinan pada PRU14 nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan dan Perasmian Dewan Orang Ramai Pos Brooke di sini, semalam.

Hadir sama, Adun Galas, Ab Aziz Yusof; Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Yahya Mamat dan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata, kerajaan BN sebaliknya mampu membawa perubahan dan pembangunan di negeri ini.

Katanya, Umno perlu mengatur strategi yang lebih bijak sekiranya mahu mengambil alih tampuk pimpinan Kelantan.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");