Isu Panas

Pas Masih Berharap Dapat Naik Pelamin Bersama Umno

SHAH ALAM- “Pas tidak perlu menunggu sehingga selepas PRU14 untuk jadi kuasa penentu apabila pilihan hati sudah dizahirkan dalam menentukan siapa bakal menteri besar Selangor selepas PRU14,”  sindir Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Jelasnya, perkara ini berdasarkan kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi yang bersedia menawar bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bertanding mana-mana kerusi Dun tanpa syarat dan tiada masaalah untuk menerima beliau sebagai menteri besar Selangor selepas PRU14.

“Kenyataan ini tidak langsung menunjukan Pas Selangor sudah tentu mendapat ‘lampu hijau’ dari Pas pusat untuk menerima Tan Sri Khalid sebagai menteri besar.

“Penerimaan Pas ini sudah tentu berkaitan  kesediannya membentuk kerajaan campuran dengan Umno/BN yang menjadi salah satu pilihan parti itu selain kekal sebagai pembangkang,bahkan Khalid juga telah menyatakan kesediaan beliau membantu Umno/BN merampas serta menawan Selangor dari Pakatan Harapan pada PRU14 dan dalam masa yang sama membantu Pas yang banyak membantu beliau,” katanya dalam satu kenyataan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kenyataan Sallehen yang menyatakan Pas Selangor sedia memberi laluan kepada Khalid bertanding tanpa syarat, namun itu terpulang kepada beliau.

Katanya, Pas bersedia memberi laluan kepada bekas menteri besar Selangor itu bertanding di mana-mana kerusi tanpa sebarang syarat pada PRU14.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, perkembangan sebegini makin dilihat mendekatkan hubungan cinta panas asmara Pas dan Umno,walaupun pada PRU14 akan datang Pas dan Umno/BN dilihat berkelahi kata mengata antara satu sama lain.

“Tetapi itu adalah ibarat perselisihan kisah percintaan  rajuk merajuk dan memujuk,tetapi dalam masa yang sama Pas tetap berharap akan dapat naik pelamin bersama Umno/BN untuk direnjis air mawar selepas pru14 selesai,” katanya.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");