Jenayah

Pecah Rekod, Tahan ‘Hajat’ Lebih Sebulan

LONDON – BRITAIN . Seorang suspek pengedar dadah di Britain memecahkan rekod menahan buang air besar selama lebih sebulan.

Lemarr Chambers, 24, yang ditahan selama 34 hari dipercayai telah menelan dadah selepas dia diberkas kerana disyaki membekalkan dadah Kelas A pada 17 Januari lalu.

Chambers hadir di Mahkamah Majistret Chelmsford pada Isnin lalu selepas polis memohon tempoh tahanannya dilanjutkan. Difahamkan, ia adalah permohonan keenam dan polis diberi kebenaran untuk menahannya sehingga esok.

Menurut pihak berkuasa, Chambers enggan makan dan hanya memakan bar bijirin Frosties dan ikan dimasak ibunya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Penjagaan Utama untuk Gastroenterologi, Trish Macnair memaklumkan terdapat risiko kecil pembengkakan usus dan pecah.

“Anda mungkin berharap perut kosong ketika perkara itu berlaku. Saya berasa kagum kerana dia boleh bertahan selama itu,” katanya.

Pada Sabtu lalu, Chambers telah memecahkan rekod berada di dalam tahanan polis tanpa membuang air besar yang sebelum ini direkodkan selama 23 hari.

Operation Raptor West yang merupakan unit jenayah jalanan Polis Essex di Harlow, Epping Forest, Brentwood dan Thurrock turut mengemas kini perkembangan itu menerusi Twitter menggunakan hashtag #poowatch lapor The Sun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");