Perak Hari Ini

Pekerja Kilang Mengaku Tidak Bersalah Peras Ugut Video Lucah

IPOH: Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki tiga tahun lalu.

Noraniza Jelani, 30, didakwa secara bersama dengan bekas suaminya Muhammad Kasim Zamzani 24, memeras ugut seorang lelaki untuk mendapatkan wang dengan menuduh mangsa menghantar video lucah kepadanya.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak Jalan Kompleks Sukan Ipoh yang mana pada 12 Jun 2015 tertuduh didakwa melakukan pemerasan dengan wang tunai sebanyak RM1,000 dipindahkan ke akaun bank milik Noraniza.

Tertuduh juga dikatakan telah sekali lagi memeras ugut lelaki tersebut untuk memindahkan wang berjumlah RM800 pada 17 Jun sekitar jam 12 tengah hari hingga satu petang di lokasi yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga kedua-dua tertuduh dikatakan sekali lagi memeras ugut lelaki berkenaan di lokasi yang sama sekitar jam 2 petang pada 18 Jun 2015 dengan meminta wang berjumlah RM5,000.

Pada masa sama, Muhammad Kasim turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama yang mendorong Ing Choon menyerahkan wang berjumlah RM10,000 secara berperingkat kepadanya dan Noraniza pada 30 Jun 2015.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rais Imran Hamid di hadapan Hakim S Indra Nehru.

Rais memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 untuk semua pertuduhan namun tertuduh membuat rayuan atas alasan tidak mampu membayar wang jaminan yang ditetapkan.

Hakim S Indra kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi Noraniza untuk kesemua tiga pertuduhan dan RM20,000 serta RM9,000 bagi bekas suaminya untuk empat pertuduhan dengan masing-masing seorang penjamin dan 26 Febuari ditetapkan untuk sebutan semula dan lantikan peguam.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, tertuduh mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");