Isu Panas

Pembangkang Patut Sokong Undang-Undang Cegah Berita Palsu – Khairy

ARAU – Pembangkang yang menuduh  UMNO penyebar berita palsu patut menyokong penggubalan undang-undang untuk mencegah perkara itu, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata undang-undang tersebut bagus untuk semua pihak kerana sesiapa sahaja yang menjadi mangsa akan terbela.

“Kalau benar Penasihat DAP  Lim Kit Siang kata kita (UMNO) banyak sebar berita palsu, dia patut sokong,” kata Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) kepada pemberita selepas melancarkan Briged Gempur 2314 BN Perlis di Kompleks Dewan 1Malaysia di sini, hari ini.

Pada 30 Jan lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan berkata kerajaan te­lah membentuk satu jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang baharu untuk membendung berita palsu di negara ini.

Beliau berkata kerajaan  berharap undang-undang baharu itu boleh dibawa ke Parlimen pada sesi yang akan datang.

Sementara itu, Khairy berkata Pemuda UMNO sedang menyediakan manifesto khas untuk golongan muda khususnya yang tinggal di bandar untuk membantu mereka merebut peluang-peluang ekonomi dan memiliki rumah.

Sebelum itu  Khairy diberi taklimat oleh Ketua Pemuda BN dan Pemuda UMNO Perlis, Syed  Atiff Syed Abu Bakar berhubung persiapan dalam menghadapi  pilihan raya umum ke-14  akan datang.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis  Datuk Seri Shahidan Kassim serta pemimpin komponen BN negeri.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru

!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");