Isu Panas

Pembangkang Sering Jaja Berita Palsu

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan cyber troopers pembangkang sebagai tauke berita palsu dan fitnah kerana mereka sering menyebarkan maklumat tidak tepat berkaitan kerajaan selama ini.

Menurut beliau, antara berita fitnah yang selalu menjadi bahan jajaan  mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah mengenai Malaysia yang bakal bangkrap.

“Pembangkang sengaja memainkan isu negara bakal muflis bagi menakutkan rakyat dengan menyebarkan berita serta maklumat palsu berkaitan perkembangan ekonomi negara.

“Mereka membuat pelbagai tuduhan tidak berasas dan sama sekali berlainan dengan laporan ekonomi yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia, Bank Dunia dan Tabung Kewangan Dunia,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Jelas Nur Jazlan lagi, walaupun Bank Dunia meramalkan ekonomi negara bakal berkembang pada kadar 5.2 peratus tahun ini, pembangkang tetap menyebarkan dakyah palsu demi kepentingan politik dan memancing undi.

Malahan menurut Ahli Parlimen Pulai itu lagi, rizab negara kini sudah mencecah lebih AS$100 bilion berbanding AS$20 bilion pada 1997, iaitu pertambahan lima kali ganda.

“Pengarah Bank Dunia bagi Malaysia, Thailand dan Kerjasama Serantau, Ulrich Zachau menjelaskan Malaysia menyaksikan perkembangan dalak tempoh 20 tahun dengan polisi-polisi yang baik yang diguna pakai sejak krisis kewangan Asia 1997-98.

“Kenyataan Zachau itu membuktikan bahawa ekonomi negara semakin kukuh dan jauh meleset dari propaganda pembangkang bahawa Malaysia akan bangkrap,” ujar beliau.

Kata Nur Jazlan lagi, perbuatan pembangkang yang sering menyebarkan berita palsu ini membuatkan penyokong sendiri hilang kepercayaan hingga mendorong mereka melancarkan kempen undi rosak sebagai tanda protes.

“Saya percaya kempen undi rosak ini ditujukan khusus kepada pembangkang lantaran pengundi sudah hilang keyakinan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang dilihat banyak berpolitik dan tidak berkemampuan memimpin,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");