Perak Hari Ini

Pembinaan Tebatan Banjir Bakal Atasi Masalah Banjir Kilat Di Bercham

IPOH:Pembinaan projek tebatan banjir yang melibatkan kos sekitar RM8.2 juta di Taman Desa Impian dan Kinta Mas diharap mampu menyelesaikan masalah banjir kilat di sekitar kawasan perumahan Bercham di sini kelak.

Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Aldrich Low Guo Nan berkata pembinaan tersebut melibatkan dua fasa termasuk kerja naik taraf longkang dan pembinaan sistem pam dikawasan terjejas.

“Banjir yang teruk telah berlaku pada 10 dan 12 Mei tahun lepas malah kejadian itu berulang lagi pada 9 Julai 2017, begitu juga masalah banjir di Taman Desa Impian & Taman Kinta Mas yang ditanggung oleh penduduk sudah hampir 20 tahun belum diatasi sehingga ke hari ini.

“Malah ia adalah satu misi besar kepadanya sejak dilantik sebagai Ahli Majlis Bandaraya Ipoh yang diamanahkan menjaga kawasan Bercham,” katanya yang ditemui ketika melawat tapak lokasi fasa kedua pembinaan tebatan banjir tersebut hari ini.

Katanya, hampir setiap kali apabila hujan penduduk bakal berhadapan dengan risiko banjir kilat berikutan itu pihaknya telah meminta pihak berkenaaan mencari pendekatan segera bagi atasi masalah banjir tersebut.

“Isu ini sering dibangkitkan setiap kali mesyuarat jawatankuasa berkenaan dan meminta Projek Tebatan Banjir Fasa Kedua iaitu pembinaan lencongan longkang utama dari Hala Bercham Timur 11 iaitu berhadapan Kelab Bougainvillea hingga Medan Bercham Selatan 1 Taman Ipoh Timur Baru supaya mengatasi masalah banjir di Taman Desa Impian dan Kinta Mas.

“Projek ini menelan belanja sekitar RM 8.2 juta (RM8,221,859) telah digunakan bagi kerja tebatan banjir di Taman Desa Impian dan Kinta Mas termasuk kerja naik taraf longkang dan pembinaan sistem pam dan sebagainya,” katanya.

Sementara katanya bagi Fasa Pertama kerja tebatan banjir iaitu pembinaan lencongan longkang sepanjang 355 meter telah siap pada Ogos 2016 berjumlah RM1.2 juta dan kini Fasa ke-2 bagi kerja tebatan banjir bermula selepas lama lebih dua tahun menunggu.

“Dengan kelulusan peruntukan Marris daripada kerajaan persekutuan Projek Tebatan Banjir Fasa Ke-2 iaitu pembinaan lencongan longkang dari Hala Bercham Timur 11 di depan Kelab Bougainvillea hingga Medan Bercham Selatan 1 Taman Ipoh Timur Baru adalah sepanjang 467 meter sekitar kos RM 1.5 juta.

“Kerja jangka siap pada hujung bulan Mei tahun ini sekiranya tiada sebarang halangan kerja dan ia akan dapat mengasingkan 60 peratus air longkang di Bercham ke saliran yang berlainan dan pendekatan ini dapat mengatasi masalah banjir di Taman Desa Impian & Kinta Mas,” katanya.

Katanya sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Saliran Jabatan Kejuruteraan MBI di talian 05-2083427 untuk keterangan lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");