Berita Hari Ini

Pengumuman AS Jejas Penyelesaian Konflik Palestin-Israel

PUTRAJAYA: Pengumuman dibuat Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) berhubung rancangan untuk mempercepat pembukaan kedutaannya di Baitulmaqdis pada Mei ini, hanya akan menjejaskan usaha mencapai penyelesaian menyeluruh dan berkekalan dalam konflik Palestin-Israel.

Menerusi laporan BH Online, Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, Malaysia amat prihatin dengan pengumuman dibuat Jabatan Negara AS pada 23 Februari lalu berhubung rancangan untuk mempercepatkan pembukaan kedutaan baharu di Baitulmqadis pada Mei tahun ini.

“Malaysia percaya ini akan terus menjejaskan semua usaha untuk mencari penyelesaian menyeluruh dan berkekalan kepada konflik Palestin-Israel.

“Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan semua rakan kerjasama dalam mencari penyelesaian yang adil dan kekal kepada konflik Palestin-Israel,” katanya.

Malaysia turut mengulangi pendirian tegasnya bahawa satu-satunya penyelesaian kepada konflik Palestin-Israel adalah menerusi kerangka penyelesaian dua negara berdasarkan persempadanan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");