Perak Hari Ini

Pengusaha Makanan Harus Patuh Peraturan Keselamatan

IPOH: Para pengusaha makanan tidak halal digesa memastikan tahap keselamatan dan kebersihan makanan yang disediakan berada dalam keadaan baik dan bebas daripada bahan-bahan tambahan yang boleh menjejaskan kesihatan pembeli.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata mana-mana pihak yang tidak mengambil endah tentang perkara ini berkemungkinan besar mereka akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Ada beberapa jenis bahan kimia yang lazim digunakan dan juga pada masa sama boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

“Pertama ialah bahan pengawet daging nitrat dan nitrit yang mana ianya berbahaya jia melebihi kadar penggunaan sebanyak 200mg/kg dan jika terdapat penjual yang masih berdegil, mereka boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

 

Tambahanya lagi, penggunaan asid benzoik, asid sorbik dan asid borik juga dilarang sama sekali bagi menjalankan proses mengawet mee dan kuetiau.

“Dibawah subseksyen 13(1), Akta Makanan 1983 menyatakan mana-mana pihak yang menyediakan atau menjual apa-apa makan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan beracun, merosakkan atau selainya memudaratkan kesihatan boleh disabitkan kesalan dan didenda tidak melebihi RM100,00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

 

Selain itu katanya, kesemua premis pemprosesan makan termasuk penghasilan daging khinzir diwajib mengadakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) dan jika gagal, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Pada masa sama, Hang Soon berkata, dari tahun 2015 sehingga 2018, sebanyak 97 sampel produk daging telah dianalisa dan kesemuanya didapati tidak melanggar mana-mana peraturan yang ditetapkan.

 

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Ops Gou 2018 Peringkat Negeri dekat sini, pada Khamis.

Operasi pemeriksaan premis makanan Jabatan Kesihatan Negeri  bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina ini turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Hassan Merican.

Hang Soon berkata program siri pertama ini telah berlangsung bermula pada 4 Februari sehingga hari ini dan pada siri kedua pula – bersempena dengan sambuatan Chap Goh Mei, akan diadakan bermula pada 25 Februari sehingga 27 Februari ini.

“Pemantauan di semua pintu masuk negara akan berlangsung dari 21 Januari sehingga 9 Februari,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");