Berita Hari Ini

Penjajaran Semula Sistem Pendidikan Selepas PRU-14

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ?kerajaan berhasrat untuk melaksanakan program penjajaran semula atau ‘realignment’ pada sistem pendidikan dan sistem sokongannya.

Memetik Utusan Online, Perdana Menteri berkata, pelan itu selaras dengan persediaan kerajaan mewujudkan set kemahiran baharu dalam kalangan rakyat bagi mendepani cabaran kesan daripada Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

“Ini keutamaan saya selepas PRU-14 yang perlu diteliti, dengan syarat rakyat masih beri mandat kepada kita (Barisan Nasional) untuk menerajui kerajaan.

“Perkara ini (penjajaran semula) harus dilakukan untuk kita memupuk bakat dan kemahiran, khususnya dalam kalangan generasi pelapis bagi mendepani IR4.0,” katanya pada sesi soal jawab dalam program PM With GLC: Axiata & Celcom Employees & Ecosystem di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Tan Sri Azman Mokhtar dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata Bhd., Tan Sri Jamaludin Ibrahim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");