Jenayah

Penolong Jurutera Ditemui Mati Di Laman Rumah

TELUK INTAN: Seorang Penolong Jurutera di Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk, ditemui meninggal dunia di hadapan rumah sewanya di Taman Sejati di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.56 petang itu, Ahmad Marwan Mohd Noor, 30-an, ditemui terbaring tidak sedarkan diri oleh orang awam di hadapan premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Marzukhi Mohd Mokhtar, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi mendapati pintu pagar dan pintu utama rumah berkenaan dalam keadaan terbuka.

“Hasil semakan tidak menemui sebarang barang atau harta benda yang hilang.

“Mayat berkenaan dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat keradangan paru-paru. Oleh itu, kematian ini diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

“Berdasarkan maklumat, lelaki itu masih dalam keadaan sedar ketika rakannya keluar bekerja dan difahamkan mangsa sudah beberapa hari tidak pergi kerja kerana sakit,” katanya lapor Berita Harian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pegawai berkenaan belum berkahwin dan tinggal menyewa rumah itu bersama rakannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");