Perak Hari Ini

Perak Bakal Jadi Tuan Rumah KESSUMA Kali-19

IPOH: Perak dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) kali ke-19 yang bakal berlangsung pada 15 hingga 19 Julai ini.

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Dasar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim sasaran penyertaan melibatkan para pelajar daripada 381 Sekolah Menengah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) seluruh negara.

“KESSUMA merupakan penganjuran bersama Jakim dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) selaku tuan rumah yang akan diadakan Universiti Pendidikan Sultan Idris kampus Sultan Azlan Shah,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, sukan bagi ketiga-tiga sekolah tersebut adalah diluar pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dibawah pengurusan Kerajaan Negeri serta SBK jadi penganjuran KESSUMA memberi peluang kepada pelajar bagi menyertainya dan memperolehi 10 merit kokurikulum untuk kemasukan ke pengajian tinggi.

Sementara itu Pengarah JAIPk,Datuk Mohd Yusop Husin berkata Perak bersedia bagi penganjuran kali-19 ini yang bakal menghimpunkan bakat sukan dari tiga jenis sekolah yang terlibat.

“Hampir semua negeri melibatkan 2,000 atlet akan menyertai sukan tersebut dengan sembilan acara akan dipertandingkan antaranya bola sepak,takraw, bola jaring, bola tampar, badminton dan ping pong dan akan dianjurkan juga pertandingan diantara pegawai-pegawai,” katanya.

Katanya acara terbuka kepada pelajar berbakat yang bermula dari umur 13 tahun hingga 17 tahun akan mewakili setiap negeri masing-masing mengikut kategori perempuan dan lelaki.

“Tahun lepas Perak memperolehi tangga kedua dalam acara bola sepak di Kelantan dan kita harapkan Perak dapat memperolehi johan bagi kali ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");