Berita Hari Ini

Percikan Api Punca Kebakaran Bangunan KWSP

PETALING JAYA: Kebakaran Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dekat sini berpunca daripada percikan api ketika kerja pengubahsuaian di tingkat satu yang terkena panel tingkap yang mudah terbakar, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dalam pada itu, cawangan dan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Petaling Jaya ditutup buat sementara waktu susulan kejadian kebakaran di bangunan itu, hari ini.

Justeru, ahli dan majikan yang ingin menjalankan sebarang transaksi dengan KWSP dinasihatkan untuk menghubungi atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat iaitu di ibu pejabat KWSP Jalan Raja Laut, di sini.

KWSP dalam satu kenyataan, hari ini turut memberi jaminan kepada ahlinya bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas.

“Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan semua ahli tidak terjejas.

“Kami akan sentiasa memantau situasi dan akan memaklumkan sebarang perkembangan sehingga operasi cawangan dibuka semula,” kata kenyataan itu.

Katanya, pasukan Pengurusan Krisis Cawangan kini sedang bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memastikan kebakaran tidak merebak ke tingkat lain atau kawasan sekitar.

“Memandangkan keselamatan pelanggan dan kakitangan adalah keutamaan kami, pengosongan bangunan telah dilakukan dan pejabat serta perkhidmatan kaunter ditutup.

“Selain ke cawangan berhampiran, ahli juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan melalui laman web myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my,” kata kenyataan itu lagi.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");