Berita Hari Ini

Perlu Bangga Jadi Rakyat Malaysia

ALOR SETAR – Seseorang individu yang malu mengaku sebagai rakyat Malaysia disifatkan tidak layak diangkat sebagai pemimpin.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, seorang pemimpin sebenarnya tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab sedemikian.

“Dia mengeluarkan kenyataan bahawa dia malu mengaku rakyat Malaysia apabila ke luar negeri kononnya negara kita korup.Jadi dia malu.Sebenarnya dia malu,sebab dia tak buat apa pun.

“Sebenarnya,sebagai rakyat dalam apa keadaan sekalipun kita kena mengaku sebagai rakyat Malaysia.Jadi,kalau malu jadilah rakyat negeri lain,” katanya selepas Majlis Pemberian Sumbangan Kotak Barakah Dun Bakar Bata, di Dewan Perhimpunan Taman Saga, di sini.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Bersatu,Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang malu mengaku sebagai rakyat Malaysia apabila berada di luar negara.

Katanya, beliau tertanya-tanya bagaimanapun rakyat hendak bergantung harapan dengan individu yang bersikap sedemikian apabila malu mengaku sebagai rakyat Malaysia.

“Sebagai pemimpin,kita kena pertahankan negara dalam apa keadaan pun.Sepatutnya,dia cakap apa perubahan boleh dibawa jikalau dipilih rakyat,bukanlah malu. Jadi rakyat kena tengok,kalau dia dah tak sanggup mengaku sebagai rakyat Malaysia,nak cakap pun malu,”katanya.

Ahmad Bashah berkata, pemimpin yang memiliki sikap seumpama itu bukanlah individu berkelayakan yang ingin dipilih rakyat untuk membangunkan rakyat dan negara

Untuk itu,kata beliau, rakyat perlu bijak melihat dan menilai individu yang ingin diangkat sebagai pemimpin apabila individu itu malu mengaku sebagai rakyat Malaysia.

Terdahulu,beliau memberi bantuan berupa kotak Barakah,angpau dan kotak limau kepada 850 keluarga dipilih persatuan penduduk,MCA dan Gerakan di Dun Alor Mengkudu.

Turut hadir, Pengerusi Gerakan Kedah, Datuk Dr Cheah Soon Hai dan Penyelaras Dun Kota Darul Aman, Syed Abdul Hafiz Syed Mustafa.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");