Perak Hari Ini

Pesta Buku Bos Gaurus Bakal Pamer 50,000 Buku

IPOH: Pesta Buku Bos Gaurus kembali lagi tahun ini dimana ianya akan diadakan di Pasaraya Mydin Meru pada 1 sehingga 4 Mac ini.

Penganjuran kali ketiga bagi tahun ini akan disertai 56 vendor yang terdiri daripada pembekal, penerbit dan penulis buku serta lebih daripada 50,000 judul buku pelbagai bahasa dan genre akan dipamerkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata penganjuran program ini secara tidak langsung bakal menarik minat masyarakat khususnya golongan muda dan kanak-kanak untuk membudayakan amalan membaca.

“Selama penganjuran kita, ia telah membuka ruang dan peluang kepada umum bagi mendapatkan buku-buku dengan diskaun dan harga yang berpatutan.

“Inisiatif ini kita harap perasaan cinta akan buku secara fizikal, dan bukan secara atas talian itu dapat dihidupkan kembali khususnya dikalangan anak-anak kecil,” katanya kepada media selepas pelancaran Sudut Karyawan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk), dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah PPANPk, Salbiah Mohamed.

Selain penjualan buku, program anjuran perbadanan ini juga turut menyediakan pelbagai aktiviti lain sepanjang empat hari penganjuran antaranya peraduan mewarna kanak-kanak, ceramah literasi maklumat, persembahan silap mata, segmen Riang Ria Bersama Didi, sesi bertemu penulis dan banyak lagi.

Dalam pada itu, pada setiap hari penganjurannya juga terdapat sesi cabutan bertuah kepada pengunjung dan mereka juga berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah menarik.

Difahamkan program ini menyasarakan 45,000 orang pengunjung

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");