Isu Panas

PH Selangor Masih Gagal Sepakat Agihan Kerusi

SHAH ALAM: Mesyuarat khas Pakatan Harapan (PH) Selangor bagi mengagihkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dikatakan masih gagal mencapai kata sepakat walaupun sudah dua hari diadakan.

Menurut sumber, berdasarkan keputusan awal, PKR dikatakan akan bertanding 19 kerusi DUN, DAP (18), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) (10), dan Parti Amanah Negara (PAN) (sembilan).

Katanya, mesyuarat itu yang dipengerusikan Setiausaha PH Selangor, Zuraida Kamarudin, berlangsung dalam suasana agak tegang.

“Pada mesyuarat, wakil PKR menyatakan parti itu perlu menjadi ketua dalam PH dan akan bertanding 19 kerusi.

“Perkara ini menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pemimpin PPBM dan PAN. Kami difahamkan arahan ini datang daripada Azmin (Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali),” katanya.

Menurut sumber itu, PPBM dan PAN masing-masing akan bertanding 12 kerusi disandang Barisan Nasional (BN) serta 13 kerusi milik PAS.

“Antara kerusi DUN yang PKR mahu ialah Kuang, Sijangkang, Jeram, Permatang dan Hulu Bernam.

“DAP mahukan Lembah Jaya dan Taman Templer. Bagaimanapun, atas semangat PH, kami yakin perkara ini akan diselesaikan dalam suasana harmoni,” katanya.

PAN pula konsisten dengan pendirian sebelum ini mahu bertanding kerusi DUN disandang PAS, iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Chempaka, Meru, Dusun Tua, Tanjung Sepat, Sabak, Gombak Setia, Bangi, Seri Serdang, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Hulu Klang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib, dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin yang masing-masing memenangi kerusi terbabit pada PRU-13 atas tiket PAS, keluar daripada parti itu untuk menyertai PAN.

BN pula menang 12 kerusi pada PRU-13, iaitu DUN Sungai Burong, Jeram, Kuang, Semenyih, Permatang, Bukit Malawati, Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Batang Kali, Kota Damansara dan Dengkil.

Ketika ini, Selangor mempunyai 56 kerusi DUN membabitkan 15 bawah PAS, DAP (15), PKR (13), BN (12) dan Bebas (1).-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");