Sukan Hari Ini

Piala Sumbangsih: Baddrol Terasa Bahang Larkin

KETUA Kedah, Baddrol Bakhtiar, mengharapkan tuah pemegang gelaran juara Piala Sumbangsih masih memihak mereka, menerusi kelainan corak permainan yang dibawa pengendali baru Kedah, Ramon Marcote, dalam aksi di Larkin, malam ini.

Ulasan Baddrol menjurus ke arah dia berpuas hati dengan apa yang ditampilkan Marcote ke dalam pasukan Kedah, terutama dari segi pembaharuan corak permainan.

Untuk itu, Baddrol menganggap kelainan Kedah sebagai salah satu senjata rahsia untuk memerangkap Johor Darul Ta’zim (JDT) yang diperakui memiliki kualiti seimbang membabitkan pemain tempatan dan juga import.

“Perbezaan mungkin dari segi taktikal berlainan, permainan yang pantas.

“Kami harap dapat mengikuti arahan jurulatih,” katanya, menerusi laporan Stadium Astro.

Dalam masa sama, pemain tengah itu mengakui dirinya tidak pernah lari daripada berasa gementar setiap kali menjelang perlawanan.

Hal yang sama juga dialaminya menjelang aksi pembukaan musim 2018 malam ini.

“Walaupun tidak banyak, sedikit perasaan gementar itu mesti ada.

“Walaupun pernah bermain di sini tahun lalu, perasaan gementar itu masih ada tetapi ia akan hilang sebaik permainan bermula,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");