Isu Panas

Pingat Datuk Paduka Husam, Wan Abdul Rahim Ditarik

KOTA BHARU: Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa dan Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengesahkan Istana Kelantan menarik balik pingat Datuk Paduka daripada mereka.

Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, beliau dan Husam menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan semalam yang memaklumkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menarik balik Tauliah Perlantikan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II).

“Darjah yang dianugerahkan kepada kami sebelum ini (ditarikbalik) mulai pada 6 Februari 2018.

“Menjunjung sebagaimana dititahkan, kami berdua mengembalikan ketandaan Darjah Kebesaran dan surat perlantikan yang berkaitan kepada Yang Amat Berusaha Pengelola Istana Diraja pada hari ini, 7 Februari 2018 di Istana Balai Besar.

“Kami mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menjunjung kasih dan mengulangi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhamad V,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Wan Rahim berkata, beliau memperoleh pingat Datuk Paduka daripada Istana Kelantan pada 2004 dan satu lagi pingat Jasa Pendamai (JP) yang dikurniakan pada 2009.

“Dua pingat daripada saya dan satu Husam diserahkan kepada Setiausaha Amanah Kelantan Rushdan Mustapa kepada Pengelola Istana Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir pagi ini,” katanya.

– BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");