Perak Hari Ini

PKNP FC Jalin Kerjasama Dengan SMK Anderson

IPOH: Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC hari ini mencatatkan sejarah apabila berjaya menandatangani perjanjian kerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson Ipoh dalam menjadikan sekolah itu sebagai ‘sekolah angkat’ bagi program sukan bola sepak.

Ia disempurnakan oleh , Presiden PKNP FC, Datuk Aminuddind Desa dengan Pengetua SMK Anderson, Zahidi Abdul Ghani dalam majlis memperkenalkan barisan  pemain serta jersi PKNP FC musim 2018 di Taman Tema Animasi, Movie Animation Park Studios (MAPS) dekat sini pada Khamis.

Dalam satu sidang media selepas majlis berkenaan, Aminuddind berkata dalam usaha mencungkil bakat-bakat baharu remaja Perak dalam arena ini, PKNP turut akan menyasarkan SMK Air Kuning Tapah.

 

“Apabila mereka yang berada di sekolah berkenaan, mereka akan meletakkan harapan yang besar kepada sekolah ini kerana mereka tahu sekolah mereka ini merupakan sekolah angkat PKNP.

“Mereka tahu peluang untuk ke pasukan belia dan seterusnya piala presiden itu ada.

“Dan kita juga akan memberikan sokongan dari segi teknikal, kepakaran kerujurulatihan, tajaan kewangan dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya lagi, antara langkah terawal yang akan dilakukan selepas termetrainya perjanjian PKNPfc-SMK Anderson ini, seorang guru dari sekolah berkenaan akan dilantik sebagai jurulatih pasukan piala belia PKNP FC.

Selain itu ujarnya sekolah tersebut akan mewakili PKNP dalam Liga Ipoh untuk tahun ini.

“Inisiatif ini menunjukkan kita bukan sekadar bersaing untuk menjadi johan (di setiap siri kejohanan) namun, kita juga galak mengasah bakat-bakat baru,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");