Perak Hari Ini

PKNP FC Umum Barisan Tonggak Utama Hadapi Liga Super 2018

IPOH: Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC hari ini memperkenalkan kesemua barisan pemain bagi menghadapi saingan Liga Super tahun ini.

Diumum dalam satu acara di Taman Tema Animasi, Movie Animation Park Studios (MAPS) dekat sini pada Khamis, Muhammad Fadhil Idris mendahului senarai barisan pemain skuad PKNP.

Anggota lain yang tersenarai termasuk Muhammad Raffi Nagoorgani, Mohamad Hafiz Ramdan, Ahmad Asyraf Omar, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi serta  Ritus Krjauklis.

Ia kemudianya diikuti dengan senarai nama pemain lain antaranya Muhammad Ridzuan Azly Hussham, Mohd Norhakim Isa, Muhammad Syazani Mat Puat, Fandi Ahmad, Mohamad Shukor Azmi, Muhammad Amirul Waie Yaacob, See Tian Keat serta Alif Safwan Sallahuddin.

 

Antara nama pemain lain yang turut tersenarai ialah G. Ganiesh, Mohamad Ezanie Mat Salleh, S. Deevan, Irwan Syazmin Wahab, Muhammad Mohd Safar, Faizzwan Dorahim, Muhammad Ibni Khozaimi, S. Vikneswaran, Mazni Khairul Hasnan, Syazmin Baharuddin serta Ahmad Khuzaimi Piee.

Turut dimumumkan ialah senarai pemain import yang terdiri daripada Keo Sokpheng, Yeon Gisung, Nikolv Luben Gueorguiev dan Anzite Franklin.

Selain itu, turut diperkenalkan senarai tunjang utama bagi Piala Belia dan Piala Presiden.

 

Dalam satu sidang yang diadakan selapas majlis pelancaran tersebut, ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim berkata walaupun Shahrel Fikri, bertindak sebagai ketua pasukan dan tidak dapat beraksi pada dua perlawanan awal menentang Negeri Sembilan dan Johor Darul Ta’zim, namun Shahrel tetap hadir pada perlawanan tersebut sebagai pembakar semangat pasukan.

Katanya Ritus antara calon yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai penolong kapten.

 

Menyentuh tentang keputusan PKNP FC yang terpaksa beraksi di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang dan tidak di negeri sendiri, Abu Bakar berkata pihaknya akur dan pasukanya harus bersedia serta menyesuaikan diri dengan cepat terhadap persekitaran baharu.

Pada perkembangan sama, Presiden PKNP FC, Datuk Aminuddind Desa turut mengumumkan akan menubuhkan kelab penyokong sendiri dengan nama PKNP FC Fan Club bagi menyemarakkan lagi semangat kesebelasan pemain utama dalam menghadapi pelbagai saingan pada masa hadapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");