Sukan Hari Ini

PM Najib Ucap Tahniah Kepada Hafizh Syahrin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menzahirkan ucapan tahniah kepada pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang muncul sebagai pelumba Malaysia pertama bersaing dalam Kejuaraan MotoGP Dunia musim ini.

“Tahniah Hafizh Syahrin, pelumba Malaysia pertama menyertai MotoGP musim penuh!” kata Datuk Seri Najib menerusi catatan dalam laman Twitter rasmi beliau lapor Bernama.

Hafizh Syahrin, 23, pelumba yang diberi jolokan ‘Pescao 55’ mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama bakal bersaing pada Kejuaraan MotoGP Dunia bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 tahun ini.

Pelumba yang berasal dari Selangor itu akan berganding dengan bekas juara dunia Moto2 2016, Johann Zarco, sebagai pelumba kedua menggantikan Jonas Folger yang menarik diri atas faktor kesihatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");