Sukan Hari Ini

Pogba, Ibrahimovic Jalani Latihan Bersama United

PAUL Pogba dan Zlatan Ibrahimovic kembali menjalani latihan bersama Manchester United untuk membuat persiapan berdepan Sevilla dalam aksi pusingan kalah mati Liga Juara-Juara (UCL).

Bintang Perancis, Pogba dilanda masalah penyakit misteri ketika United meraih kemenangan 2-0 ke atas Huddersfield Town dalam Piala FA, minggu lalu.

Bagaimanapun, menerusi Stadium Astro, pemain tengah itu telah dilaporkan berlatih bersama pasukan untuk membuat persiapan akhir berdepan Sevilla di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan.

Ibrahimovic turut kelihatan di Carrington, penyerang veteran itu diketepikan sejak seri 2-2 dengan Burnley pada 26 Disember dalam proses untuk kembali pulih sepenuhnya sejak mengalami kecederaan lutut pada April tahun lalu.

Ander Herrera, Antonio Valencia dan Marcus Rashford, yang terlepas daripada aksi berdepan Huddersfield, turut menjalani latihan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");