Jenayah

Polis Gesa Dua Rakan Sofi Jikan Tampil

SHAH ALAM: Polis menggesa dua lagi individu termasuk bekas penyanyi kumpulan era 90-an untuk tampil bagi membantu siasatan dalam penyalahgunaan dadah bersama pelakon Sofi Jikan seperti yang didedahkan pelakon Datuk Farid Kamil, sebelum ini.

Terdahulu, Sofi Jikan, atau nama sebenarnya, Mohamad Shoffi Jikan, 48, telah ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara, pada jam 11 malam kelmarin, selepas hadir memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat Farid pada 31 Januari lalu.

Dalam laporan polis itu, Farid didakwa mendedahkan tiga rakan artisnya yang juga dalang di sebalik meletakkan dadah dalam minumannya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, polis memberi tempoh sehingga esok untuk dua lagi individu yang dikenali Ahmad Tajuddin atau Taj dan Firdaus untuk tampil bantu siasatan.

“Kita percaya salah seorang daripada mereka berada di Johor Bharu.

“Saya gesa kedua-dua mereka untuk segera tampil selewat-lewatnya esok sebelum tindakan tegas dibuat,” katanya menerusi laporan Sinar Online, hari ini.

Semalam, pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Pelakon itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.

Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Manakala pada 25 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret sama, atas pertuduhan mengambil dadah jenis jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid (THC).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");