Berita Hari Ini

Polis Maldives tahan bekas presiden

MALE (MALDIVES): Bekas presiden Maldives, Maumoon Abdul Gayoom ditahan semalam, sejurus selepas abang tirinya, Presiden Abdulla Yameen mengisytiharkan keadaan darurat.

Memetik laporan BH Online, perkara tersebut diberitahu sendiri anak perempuan Gayoom, Yumna Maumoon, menerusi Twitter peribadi.

Beliau yang kini berusia 80 tahun, menyandang jawatan presiden hampir 30 tahun sebelum negara itu mengadakan pilihan raya demokratik pertamanya pada 2018.

Menurut kenyataan anak perempuannya, bapanya ditahan di kediamannya di ibu kota Male.

Gayoom didakwa memihak kepada pembangkang utama dan giat berkempen menggulingkan abangnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");