Jenayah

Potong Leher Sendiri Gara-Gara Hutang

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bengkel membaiki bumbung di Jalan Laksamana 1, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian, kira-kira jam 8.51 malam.

Katanya, mangsa berusia 51 tahun itu ditemui dengan kecederaan parah di leher dipercayai berpunca daripada peralatan memotong besi yang berada berhampirannya.

“Mayat lelaki itu ditemui terlentang berlumuran darah akibat kecederaan teruk pada leher.

“Kami juga temui alat pemotong besi yang masih berada di tangan kanan si mati, disyaki digunakan untuk memotong lehernya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini lapor Sinar Harian.

Mohd Taib berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan polis tidak menolak tindakan si mati disebabkan tertekan dengan hutang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");