Berita Hari Ini

PPA1M Bukit Jalil Siap 17 Bulan Awal

KUALA LUMPUR – Seramai 1,536 penjawat awam yang membeli rumah di bawah Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) Bukit Jalil hari ini menerima kunci kediaman masing-masing setelah projek itu berjaya disiapkan 17 bulan lebih awal.

Penyerahan kunci rumah itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Projek itu dilancarkan pada 8 April 2015 dan sepatutnya siap pada Mei 2019, namun pemaju projek Tetuan Aset Kayamas Sdn Bhd telah menyiapkannya lebih awal.

Harga jualan yang ditetapkan PPA1M adalah antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan daripada 1,000 hingga 1,434 kaki persegi berbanding nilai pasaran mencecah RM500,000 seunit.

Najib menandatangani plak perasmian Majlis Penyerahan Kunci PPA1M Bukit Jalil, hari ini. – Foto Bernama
Terdapat dua blok kediaman di PPA1M Bukit Jalil yang turut dilengkapi kemudahan seperti klinik, kiosk, surau, tadika, taska, taman permainan kanak-kanak dan dewan serba guna yang boleh menempatkan 600 orang pada satu-satu masa.

PPA1M Bukit Jalil adalah projek pertama PPA1M dan Kementerian Wilayah Persekutuan sebagai usaha dan inisiatif kerajaan menyediakan perumahan dengan harga lebih rendah untuk kebajikan serta kesejahteraan penjawat awam, khasnya kumpulan sokongan dalam golongan B40 (kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah).

Sehingga kini, kerajaan meluluskan 135,456 unit PPA1M yang terdiri daripada 433 projek seluruh negara, dan 17,191 unit (22 projek) adalah di Kuala Lumpur.

Pelaksanaan PPA1M dikawal selia Unit PPA1M di bawah Jabatan Perdana Menteri lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");