Isu Panas

PPBM Masih Disiasat: ROS

PUTRAJAYA: Siasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) terhadap status mesyuarat agung tahunan (AGM) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mendapat bantahan pemimpin pelbagai peringkat parti itu, masih diteruskan.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim, berkata pihaknya tidak mempunyai jangka masa khusus bagi menyelesaikan siasatan berkenaan.

“Siasatan membabitkan beberapa isu antaranya dakwaan AGM itu tidak sah dan melanggar peraturan perlembagaan parti, selain laporan diterima berhubung penubuhan sayap Pemuda dikenali Armada.

“Kita sudah mendapatkan keterangan Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Ketua Pemuda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Bagi pemimpin tertinggi parti itu, kita akan lihat keperluan sama ada perlu dipanggil atau tidak.

“Oleh kerana banyak isu perlu disiasat, kita memerlukan sedikit masa.

“Ini berbeza dengan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mana siasatan hanya membabitkan satu isu iaitu isu pemilihan CEC itu,” katanya ketika menerusi laporan BH Online, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");