Isu Panas

Pribumi Parti Pilihan Wan Saiful

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) merupakan parti pilihan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Jemputan media ke majlis induksi rasminya pada Khamis (1 Mac) mula diedarkan pada Selasa.

Ia menyebut bahawa ia akan berlangsung di Galeri Pribumi, Menara Yayasan Selangor, di mana Presiden Pribumi, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan penyertaam Wan Saiful dalam parti itu.

Wan Saiful dijangka memberi ucapan sebelum sesi Q & A dan makan tengah hari bersama kepimpinan Pribumi dan Pakatan Harapan.

Bercakap kepada The Star sebelum ini, beliau akan secara rasmi menukar keanggotaan dalam PAS untuk parti politik baharu namun enggan mengulas lanjut lapor Mstar Online.

Timbul spekulasi bahawa Wan Saiful akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-114) di bawah tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia, dengan beliau sendiri menyatakan minatnya berhubung perkara itu.

Rabu ini iaitu 28 Februari merupakan hari terakhir Wan Saiful di Ideas, sebuah badan pemikir dasar bebas yang diasaskannya pada 2009 selepas pulang dari United Kingdom.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");