Perak Hari Ini

Projek Pembinaan Sistem Gas Asli Lembah Kinta ‘Game Changer’ Buat Perak

IPOH:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan projek pembinaan sistem pengagihan Gas Asli di Lembah Kinta yang dijangka siap pada suku keempt tahun 2019 sebagai satu peristiwa bersejarah dan ‘game changer’ bagi pertumbuhan industri di kawasan tersebut kelak.

 

Katanya, harapan tinggi diletakkan pada projek ini supaya ia dapat siap pada waktu yang ditetapkan bagi menggalakkan perkembangan industri di kawasan Lembah Kinta serta kawasan yang masih belum mendapat perkhidmatan gas asli.

“Majlis pecah tanah projek pembinaan sistem pengagihan Gas Asli di Lembah Kinta hari ini adalah satu peristiwa menandakan kerjasama yang kita laksanakan bersama Kerajaan Persekutuan dan penglibatan pihak swasta akhirnya memberi hasil yang baik.

“Kita mengharapkan apa yang dilaksanakan hari ini akan menjadi kenyataan dalam tempoh masa yang terdekat walaupun jangkaan berakhir pada suku keempat tahun 2019,” katanya dalam satu sidang media sejurus merasmikan majlis pecah tanah projek tersebut di Meru Raya hari ini.

Turut berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Pembinaan Sistem Pengagihan Gas Asli diantara kerajaan Negeri Perak dan GAS Malaysia Berhad yang diwakili oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal dan Datuk Hasni Harun.

Turut hadir sama Menteri II Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Pengerusi Gas Malaysia Berhad, Datuk Hasni Harun.

Katanya, komitmen serta hubungan baik yang ditunjukkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti),kerajaan negeri dan Gas Malaysia Berhad akan menyaksikan perubahan kawasan perindustrian di Perak.

Malah katanya, kerajaan negeri juga ketika ini telah membuat keputusan bagi menyediakan prasarana terkini dikawasan terlibat sudah dibangunkan sekitar 40 tahun yang lalu.

“Melalui penyediaan gas asli kawasan tersebut pastinya akan merubah wajah juga melibatkan perancangan kerajaan negeri pada masa akan datang khusus bagi kawasan Perak Selatan hingga ke Bagan Datuk.

“Kawasan Bagan Datuk kini sedang giat membangun bersesuaian dengan pelan jangka panjang oleh pihak kerajaan negeri melalui pembangunan Perak Selatan,” katanya.

Jelasnya lagi projek pembinaan yang menelan belanja RM180 juta ini juga akan merapatkan lagi jurang perbezaan yang sebelum ini berlaku dikawasan tengah negeri Perak hingga kawasan Selatan.

“Jika adanya paip ini dikawasan Lembah Kinta dengan sendirinya jaluran akan disambung hingga sampai Perak Selatan dan memudahkan untuk jangka panjang jadi penyediaan gas asli merancakkan pertumbuhan industri di negeri Perak kelak seiring dengan perubahan industri 4.0 dialami kini,” katanya.

Sementara itu, Ong Ka Chuan berkata setakat ini sebanyak 44 pemain industri termasuk pelbagai kilang telah berhubung dengan pihak Gas Malaysia dan jumlah tersebut dijangka akan bertambah setelah projek siap sepenuhnya.

“Walaupun projek ini siap pada 2019 tetapi pembinaan yang telah disambung boleh digunakan oleh pengilang dan jumlah ini akan bertambah sepenuhnya kelak,” katanya.

Terdahulu Gas Malaysia Berhad telah dipertanggungjawab membina 140 kilometer rangkaian paip gas asli bermula dari Ayer Tawar ke Bercham bagi rangkaian utama dan lahat ke Simpang Pulai untuk rangkaian sisian.

Projek yang menelan belanja RM180 juta melibatkan pembinaan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM50 Juta,Kerajaan Negeri Perak RM10 juta dan Gas Malaysia Berhad RM120 juta.

Pembinaan paip pengagihan Gas Asli di Lembah Kinta telah bermula pada akhir tahun 2016 lagi dan sepanjang 31 kilometer rangkain paip telah siap dibina, 59 kilometer sedang dibina dan selebihnya 50 kilometer dijangka siap pada suku keempat tahun 2019.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");