Isu Panas

PRU14: BN Perlu Bukan Sekadar Menang

JERTIH – BN bukan sekadar mahu menang dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tetapi perlu menang dengan lebih besar untuk menjadi kerajaan yang lebih kuat, demikian kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia, Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris berkata, apabila kerajaan kuat sudah tentu pelbagai pembangunan untuk rakyat dapat dilaksanakan.

Menurutnya, sehubungan itu BN yang diterajui Umno perlu meneruskan kemenangan dua pertiga kerusi Parlimen dan Dun dengan majoriti lebih besar.

“Zaman saya dulu sekolah beratapkan daun nipah, lantai tanah, dinding buluh atau kayu dan bangku kayu panjang.

“Tetapi kerana kita kuat, sekolah sekarang jauh lebih selesa malah di kebanyakan tempat bilangan sekolah lebih banyak menyebabkan kekurangan pelajar,” katanya yang juga Menteri Pendidikan Tinggi memetik sumber Sinar Harian.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Besut berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perjumpaan Dengan Kepimpinan Tempatan di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong di sini.

Idris berkata, kerana kuat, BN khasnya Umno dapat memperkasakan Islam di negara ini termasuk membina dan menaik taraf masjid.

“Kalau kita kuat kita boleh buat pelbagai seperti di Besut ini kita bina Taman Ilmu dan kita akui ada masalah sedikit tetapi perkara itu dapat diatasi dan Universiti P.Ramlee menawarkan diri untuk membuka kampus ini di Taman Ilmu.

“Pada 15 Mac depan akan diadakan majlis penyerahan tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, Idris minta kepimpinan parti dan pemimpin masyarakat di daerah ini bekerja dengan lebih gigih untuk memastikan kemenangan BN yang lebih besar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");